Kematian itu peringatan,
Peringatan untuk kita jadi baik,
Jadi baik untuk bekalan diri sendiri,
Jadi baik untuk bekalan si mati,
Kematian itu peringatan,
Peringatan pentingnya silaturahim,
Sanak saudara dihubungi,
Datang menziarahi, dikenali dan tidak dikenali,
Kematian itu peringatan,
Jangan dikesali,
Hargai sebelum meratapi.
Al-Fatihah buat abah.
ABDULLAH BIN YUNUS
22 Disember 1937 - 27 Februari 2018
Comments
Post a Comment