Skip to main content

10 Pemaju Menarik Yang Saya 'Follow' Sebelum Membeli dan Memasuki Rumah Baru.

Sebelum saya beli rumah, ada beberapa perkara yang saya pertimbangkan, antaranya adalah dengan membuat tinjauan, kajian dan pemerhatian terhadap pemaju-pemaju perumahan, syarikat mengubah suai rumah, perabot rumah, syarikat perkakasan elektrik, dan macam-macam lagi.  Saya ikuti perkembangan-perkembangan projek yang mereka lakukan. Boleh tinjau melalui laman sesawang mereka atau laman 'facebook' mereka. 

Antara adalah;


Ini merupakan laman pemaju perumahan yang saya beli. Saya dapat tahu pun melalui rakan-rakan sepengajian di KUSZA yang pernah membeli dengan mereka. (Sesiapa nak beli rumah dibawah pemaju ni jangan lupa sebut nama saya hehe)

2. Indahnya Teratakku (Saya berkenan dengan loteng mereka, tapi tak berkesempatan lagi).

3. Bubuhan Jaya Perabut (Kitchen Kabinet) - Kitchen Kabinet rumah saya diusahakan oleh mereka. Kemas dan Cantik hasil kerjanya.

4. Seven Heaven (Kitchen Kabinet) - Saya jumpa laman ini selepas perjanjian buat kabinet dapur dengan Bubuhan Jaya Perabut huhu. 

5. Plaster Ceiling dan wiring (http://plaster-ceiling.blogspot.my/)

Laman ini saya peroleh melalui pencarian menerusi google dan dikongsi oleh penulis-penulis blog yang pernah mengupah mereka membuat kerja Plaster Ceiling dan Wiring. Saya memilih mereka bagi membuat wiring satu rumah dan palster ceiling 'living room'. Alhamdulillah kerja kemas dan puas hati. 

Boleh lihat di sini hasil kerja mereka di rumah saya; (http://plaster-ceiling.blogspot.my/2016/12/plaster-siling-salak-tinggi.html

6. Houses Lightings (Jangan bawak bini, bahaya) - Segala kelengkapan seperti lampu 'down light', lampu T5&T8 dan kipas saya beli sendiri di sini. 




10. Dinding Chanteq (Wainscoting) - Ini projek terbaru kami, boleh baca tentang projek kami di sini; 



Ok ini je yang ingat dan dapat dicatatkan. Sebarang pertambahan saya akan kemaskini kemudian.

Comments

Catatan Menarik

Mesin Basuh Rosak: Kapasitor Meletup.

Sedang mesin basuh ku menjalankan operasinya tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang tidaklah berapa kuat, Pomm!! Ah sudah benda apakah yang meletup. Cari punca bunyi letupan manalah tahu ada bau berasap ke. Akhirnya terperasan yang mesin basuh ada bunyi operasi tetapi dalamnya tidak berpusing. Cuba untuk 'troubleshoot' tapi gagal hehe. Maka misi pencarian dengan Encik Google pun bermula. Kira bernasib baik juga lah sebabnya ada terbaca dan 'follow' individu usahawan yang mempromosikan servis baik pulih mesin basuh datang ke rumah.  Ada ramai yang buat servis berkenaan, akhirnya saya cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Encik Ayie Technican.  Setelah diperiksa, kerosakan yang dialami ialah kapasitor yang rosak. Malah memang ada kesan meletop.  http://lot16kamponghilir.blogspot.com/2015/03/cara-baiki-mesin-basuh-lg.html Kos baiki mesin basuh kami adalah RM1++ . Oklah dia datang ke rumah periksa dahulu, kemudian keluar dapatkan barang ganti ...

Tukar Pintu Tandas

Assalamualaikum, 2017 masuk rumah baru, 2019 sudah kena tukar pintu tandas sebab sudah reput. Mana tak nya reput, asik kena simbah air je bila anak-anak main dalam bilik air. Tapi itulah 2 tahun itu satu tempoh yang terlalu awal sebenarnya bagi rumah baru untuk rosak hehe. Mengenangkan bajet tiada untuk tukar pintu tandas yang cantik, jadinya tukar pintu tandas jenis plastik sahaja. Untuk yang plastik ni ada dua jenis, yang tebal ataupun yang nipis. Jadi kami pilih yang tebal, beza dalam RM20 sahaja. Harga pintu tandas yang tebal RM150 + kos upah tukar pintu RM50 jadilah RM200 semuanya. Jika nak tukar yang cantik macam Pintu Bifold tu dalam RM4++ jugak la. Untuk pemasangan pintu plastik ni kami ambil perkhidmatan Plumber Azhar Salak Tinggi (016-6680557).

Pasang Aircond Second Hand

Alhamdulillah, akhirnya terpasang juga aircond second hand yang aku perolehi dari abangku. Setelah sekian lama tersadai tepi rumah kerana menunggu bajet yang tak kunjung tiba haha. Sebenarnya dapat 2 biji aircond, tetapi bajet yang ada cukup untuk pasang 1 sahaja dulu.  Untuk pemasangan, saya telah upah Aircondition Man . Padahal saya sudah survey kontraktor pemasangan aircond sebelum ini hehe. Tapi itulah, sudah tertulis rezeki dia kan. Alhamdulillah, komunikasi dengan Aircondition Man ni senang sangat. Respon pun pantas. Hasil kerja pun kemas dan cantik.  Seorang diri bertungkus lumus wiring pun cantik Alhamdulillah selesai. Kos pemasangan adalah dalam RM4++.  Harga mungkin akan berubah bergantung kepada keadaan rumah, aircond dan jarak perjalanannya. Dengan kegigihan dia memasang dan cara kerjanya, bagi saya berbaloi dengan apa yang dibayar. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Aircondition Man bolehlah menghubungi...