Skip to main content

Misi Mencari Penyelenggara Penyaman Udara Rumah.

Tinggal di tempat baru dan jauh dari kepesatan memang terasa kesukarannya. Begitulah sukarnya mencari penyelenggara 'aircond' rumah di kawasan Salak Tinggi ini. Semacam bermusim, jiran juga ada bertanya. Tiada yang memuaskan, harganya mahal, hasilnya belum pasti.

Perkiraan saya mudah. Asalkan kerjanya kemas, teliti, orangnya ramah, pembersih dan berpengetahuan tentang kerjanya, itu sudah dikira bagus dan tak perlu dipersoal tentang harganya.

Kebetulan rumah mertua di Bandar Enstek rosak 'aircond' nya. Misi mencari kembali. Sudah jumpa yang pertama:




Melihat hasil kerja di laman facebooknya nampak memuaskan hati. Bila ditanya tentang permasalahannya, dijawab dengan baik sekali. Namun, yang bagus selalunya dikejar hebat. 

Mencari yang kedua:



Maklumbalasnya pantas dan baik sekali, hasil kerjanya dilaporkan dengan kerap di laman facebook. Namun masih belum rezekinya, bapa mertuaku minta 'hold' dahulu. Beliau cuba untuk mencari melalui rakan-rakan kejiranannya.

Ya, misi pencarian tertangguh. Penangguhan yang perlu dicatatkan agar senang di kemudian hari.


Comments

Catatan Menarik

Mesin Basuh Rosak: Kapasitor Meletup.

Sedang mesin basuh ku menjalankan operasinya tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang tidaklah berapa kuat, Pomm!! Ah sudah benda apakah yang meletup. Cari punca bunyi letupan manalah tahu ada bau berasap ke. Akhirnya terperasan yang mesin basuh ada bunyi operasi tetapi dalamnya tidak berpusing. Cuba untuk 'troubleshoot' tapi gagal hehe. Maka misi pencarian dengan Encik Google pun bermula. Kira bernasib baik juga lah sebabnya ada terbaca dan 'follow' individu usahawan yang mempromosikan servis baik pulih mesin basuh datang ke rumah.  Ada ramai yang buat servis berkenaan, akhirnya saya cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Encik Ayie Technican.  Setelah diperiksa, kerosakan yang dialami ialah kapasitor yang rosak. Malah memang ada kesan meletop.  http://lot16kamponghilir.blogspot.com/2015/03/cara-baiki-mesin-basuh-lg.html Kos baiki mesin basuh kami adalah RM1++ . Oklah dia datang ke rumah periksa dahulu, kemudian keluar dapatkan barang ganti ...

Tukar Pintu Tandas

Assalamualaikum, 2017 masuk rumah baru, 2019 sudah kena tukar pintu tandas sebab sudah reput. Mana tak nya reput, asik kena simbah air je bila anak-anak main dalam bilik air. Tapi itulah 2 tahun itu satu tempoh yang terlalu awal sebenarnya bagi rumah baru untuk rosak hehe. Mengenangkan bajet tiada untuk tukar pintu tandas yang cantik, jadinya tukar pintu tandas jenis plastik sahaja. Untuk yang plastik ni ada dua jenis, yang tebal ataupun yang nipis. Jadi kami pilih yang tebal, beza dalam RM20 sahaja. Harga pintu tandas yang tebal RM150 + kos upah tukar pintu RM50 jadilah RM200 semuanya. Jika nak tukar yang cantik macam Pintu Bifold tu dalam RM4++ jugak la. Untuk pemasangan pintu plastik ni kami ambil perkhidmatan Plumber Azhar Salak Tinggi (016-6680557).

Pasang Aircond Second Hand

Alhamdulillah, akhirnya terpasang juga aircond second hand yang aku perolehi dari abangku. Setelah sekian lama tersadai tepi rumah kerana menunggu bajet yang tak kunjung tiba haha. Sebenarnya dapat 2 biji aircond, tetapi bajet yang ada cukup untuk pasang 1 sahaja dulu.  Untuk pemasangan, saya telah upah Aircondition Man . Padahal saya sudah survey kontraktor pemasangan aircond sebelum ini hehe. Tapi itulah, sudah tertulis rezeki dia kan. Alhamdulillah, komunikasi dengan Aircondition Man ni senang sangat. Respon pun pantas. Hasil kerja pun kemas dan cantik.  Seorang diri bertungkus lumus wiring pun cantik Alhamdulillah selesai. Kos pemasangan adalah dalam RM4++.  Harga mungkin akan berubah bergantung kepada keadaan rumah, aircond dan jarak perjalanannya. Dengan kegigihan dia memasang dan cara kerjanya, bagi saya berbaloi dengan apa yang dibayar. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Aircondition Man bolehlah menghubungi...