Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Direktori Ubah Suai Rumah

Assalamualaikum, Bila sudah ada rumah sendiri, secara automatiknya pasti akan ada keinginan untuk mencantikkan / ubah suai rumah. Jadinya, entri kali ini saya akan senaraikan pemaju / kontraktor yang terpilih hasil daripada perkongsian rakan-rakan di facebook / blog / website. Selamat menjamu mata hihi. PAGAR RUMAH Evo Gate : Jika tuan / puan nak cari pagar rumah yang cantik dan moden boleh ke laman facebook Evo Gate ( https://www.facebook.com/evogate88 ). Lokasi nampak macam di Johor huhu. HIASAN DALAMAN Islamic Interiors : Ya! Kini anda dapat menghiasi rumah idaman anda dengan WALL DECORATIVE PANEL dari Al-Fateh. Decorative panel ini diperbuat daripada material CLC Foam Celuka Composite. Material ini antara yang terbaru di pasaran. Kalis air dan tahan lasak. Boleh cuci mata di sini ( https://www.facebook.com/islamicinteriors/ ). RenoEasi.com - Find the Best Contractor for Your Renovation : Jika rasa tak tahu hendak mula ubah suai rumah dari mana, boleh cu...

Tukar Pintu Tandas

Assalamualaikum, 2017 masuk rumah baru, 2019 sudah kena tukar pintu tandas sebab sudah reput. Mana tak nya reput, asik kena simbah air je bila anak-anak main dalam bilik air. Tapi itulah 2 tahun itu satu tempoh yang terlalu awal sebenarnya bagi rumah baru untuk rosak hehe. Mengenangkan bajet tiada untuk tukar pintu tandas yang cantik, jadinya tukar pintu tandas jenis plastik sahaja. Untuk yang plastik ni ada dua jenis, yang tebal ataupun yang nipis. Jadi kami pilih yang tebal, beza dalam RM20 sahaja. Harga pintu tandas yang tebal RM150 + kos upah tukar pintu RM50 jadilah RM200 semuanya. Jika nak tukar yang cantik macam Pintu Bifold tu dalam RM4++ jugak la. Untuk pemasangan pintu plastik ni kami ambil perkhidmatan Plumber Azhar Salak Tinggi (016-6680557).