Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Berhujung Minggu Di Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon Beach), Port Dickson.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, sesi terapi kami anak beranak di Pantai Tanjung Biru @ Blue Lagoon Beach, Port Dickson. Duduk rumah anak asik bergaduh sahaja, lama kelamaan abi dan uminya yang stress.  Di Port Dickson ni banyak pantai yang cantik, tetapi saja bawa anak-anak ke sini, kurang sikit sesak berbanding di pantai di Teluk Kemang.  Kami bertolak pagi jam 10 dari Salak Tinggi dan sampai kira-kira jam 11 pagi. Masa sampai ingatkan tak ramai pengunjung rupanya nah!, akibatnya kami terpaksa parking kereta jauh. Alhamdulillah sempatlah anak-anak mandi sebelum air laut surut sejam kemudiannya.  Kemudahan di sini alhamdulillah ok berbanding ke Pantai Sepang. Di sini tandas untuk bersihkan diri selepas main dan mandi pantai tak jauh dan dijaga kebersihannya, tak kisahlah walaupun kena bayar. Nak mandi RM1.00, buang air kecil/besar Rm0.50 hehe. Bagi yang hendak menginap berdekatan pantai ini pun banyak antaranya PNB Ilham Resort, Tanjung Biru Condomini...