Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Mencari Karpet Murah di Nilai Square

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. Maka bergegaslah kami mencari karpet murah di Bandar Baru Nilai. Nanti segan silu pula tetamu nak masuk rumah bila melihat karpet kami yang berdompok-dompok hehe. Sebenarnya sudah banyak kali juga kami beli karpet gebu ni di Nilai 3, tapi tak pernahnya simpan resit. Bila nak membeli semula, mula la mencongak-congak bajet. Untuk belian kali ini kami tak ke Nilai 3, tapi kami ke Nilai Square sahaja. Tinjau punya tinjau hanya ada satu sahaja kedai jual karpet di sini. Naem Carpet, kami terjah sahaja lah maklumlah sudah hampir pukul 10 malam.  Kami sebulat suara memilih karpet corak ini. Harga asal adalah RM120, tawar punya tawar dapatlah RM90 sekeping. Kami beli 2 keping saiz besar. Jika tak silap di Nilai 3 tempoh hari saya dapat dalam Rm70 sekeping. Tapi bila diukur saiznya rupanya kecil sedikit yang dibeli di Nilai 3 tu. Ok cukuplah sekadar itu kami cerita tentang karpet hehe.