Alhamdulillah, akhirnya terpasang juga aircond second hand yang aku perolehi dari abangku. Setelah sekian lama tersadai tepi rumah kerana menunggu bajet yang tak kunjung tiba haha. Sebenarnya dapat 2 biji aircond, tetapi bajet yang ada cukup untuk pasang 1 sahaja dulu. Untuk pemasangan, saya telah upah Aircondition Man . Padahal saya sudah survey kontraktor pemasangan aircond sebelum ini hehe. Tapi itulah, sudah tertulis rezeki dia kan. Alhamdulillah, komunikasi dengan Aircondition Man ni senang sangat. Respon pun pantas. Hasil kerja pun kemas dan cantik. Seorang diri bertungkus lumus wiring pun cantik Alhamdulillah selesai. Kos pemasangan adalah dalam RM4++. Harga mungkin akan berubah bergantung kepada keadaan rumah, aircond dan jarak perjalanannya. Dengan kegigihan dia memasang dan cara kerjanya, bagi saya berbaloi dengan apa yang dibayar. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Aircondition Man bolehlah menghubungi...